Assalamualaikum warahmatullah ~
Alhamdulillah, saya selamat melalui hari yang penuh mendebarkan (memang berdarah gemuruh). Baru saja selesai menduduki test JPJ sebentar tadi. Di litar dan jalan raya, kaki tak henti menggigil. Alhamdulillah juga, saya lulus kedua-duanya walaupun untuk test jalan raya saya tahu saya tak patut lulus. Bayangkan saja, terlalu banyak kesalahan yang saya lakukan. Semuanya berat belaka, bawa melebihi kelajuan ditetapkan, langgar lampu merah, terlalu lambat ketika belok ke simpang, tak jaga brek, lari lorong, tak bagi signal dan lambat tukar gear, oh lupa...juga tersalah tukar gear. Boleh kata sepanjang perjalanan, suara pegawai JPJ di sebelah tak henti-henti memberi teguran dan sindiran. Sedangkan ketika saya bertanya dengan rakan yang saya kenali di pusat latihan memandu tersebut, jika pegawai JPJ sudah menegur apatah lagi beberapa kali, fail lah jawabnya. Saya terkedu sendiri. Saya rasa, ada sebab dia meluluskan test saya tiba-tiba. Tak mampu saya nyatakan apa sebabnya kerana saya sendiri tidak pasti. Selepas melanggar lampu merah secara tidak sengaja, semua jadi serba tak kena dan saya hampir menangis sebenarnya ketika itu, beberapa kali meraup muka sambil mendengar 'bebelan' beliau hingga saya rasakan suaranya mulai meninggi kerana kesalahan sama saya ulangi. Kerap juga dia mengeluh melihat saya hingga saya digelar mak enot, geram sangat agaknya. Rasa gemuruh semakin rancak mengusai diri, saya jadi lupa segala yang perlu dilakukan. Tawaqal'alallah. Itu saja yang mampu saya lakukan setelah saya yakin tiada lagi peluang yang akan diberikan. Entah kenapa sewaktu jalan pulang, kami mula rancak berborak. Segalanya bermula bila beliau berkata, " macam mana nak bawa kereta ni kalau boyfriend ajak dating, teruk betul awak memandu ni dik. Macam mana saya nak bagi lulus dik ". Tang bila jadi adik dia pun tak tau la. Saya agak terkejut ketika itu, membuatkan saya perlu mengatakan sesuatu." Saya tak couple ". Dengan jawapan sebaris itu, kami mula berbual tentang couple, nikah dan kahwin. Saya nyatakan beberapa sebab mengapa saya tidak memilih couple sebagai cara memilih pasangan hidup. Dan beliau nampak kurang bersetuju dengan mesej yang saya cuba sampaikan, kemudian beliau berkata sesuatu," orang muda sekarang senang ja, dah kawen baru nikah ". Awalnya saya sendiri kurang faham, bukankah kahwin dan nikah itu sama. Rupanya, persepsi beliau terhadap 'kahwin' dan 'nikah' adalah berbeza. Saya tersenyum sendiri, ada betulnya. " kena kawal la dik, kalau awak tak couple macam mana nak cari pasangan hidup". " Itulah cara saya mengawal diri, dengan tidak ber'couple'. Saya tunggu je, biar 'dia' yang datang mencari ". Bertalu-talu pertanyaan yang dilontarkan, dan kebanyakannya tak mampu saya jawab dengan baik kerana agak gementar. Satu pertanyaan yang takkan terlepas ditanyakan oleh sesiapa saja kepada saya, "sekolah agama mana dulu?". Apakan daya, pemikiran masyarakat yang taksub mengaitkan tudung labuh, jubah atau kopiah dengan title ustazah atau ustaz, sekolah agama, penghafaz Quran dan sebagainya. Saya menjawab sekadarnya bila beliau mula bertanya tentang ibu dan abah, keluarga, dan tempat tinggal. Sempat beliau berkata, " saya nikah belum, kahwin pun belum ". Okay, terkedu lagi. Saya yang sangat pendiam orangnya jadi pelik sendiri, boleh berbual dengan seorang pegawai yang bermuka garang dan tegas sedangkan saya amat sukar berkata-kata walau sepatah pun dengan insan bernama lelaki sejak sekolah menengah. Entahlah, mungkin kerana saya merasakan perbezaan umur kami agak jauh walaupun dari raut wajahnya yang saya pandang sekilas, beliau belum layak dipanggil pakcik. Saya agak bernasib baik kerana tidak tersasul memanggil beliau dengan gelaran itu, maklumlah..itu gelaran yang gemar saya sebut. Perbualan terakhir kami masih terngiang-ngiang di telinga saya:
Pegawai JPJ: saya suka orang bertudung labuh
Saya: *terdiam
Pegawai JPJ: eh tapi bukan awak la. Awak saya tak suka. Bawa kereta hancuq !
Saya: alhamdulillah.
Pegawai JPJ: gurau ja dik. Hmm..takpa la, saya bagi lulus ja, kesian. Pi amik lesen la lepas ni.
Saya: terima kasih. ^_^
Pegawai JPJ: ha, ya la.
Berulang kali saya ucapkan terima kasih, alhamdulillah...syukur pada Allah. Ketika sedang duduk menanti cikgu memandu menghantar pulang, saya terfikir sesuatu, "Allah benar-benar menghulurkan bantuanNYA ". Pada pengamatan saya, berdasarkan pemanduan saya tadi mungkin tak sampai 10 markah pun mampu saya perolehi. Tapi dengan izinNYA, pegawai tersebut bermurah hati memberi 16 markah, markah minimum untuk lulus. Sedangkan rakan saya yang tak melakukan apa-apa kesalahan, hanya lambat bertindak memotong kenderaan lain hanya diberi 17 markah. Allahu Allah....saya jadi teringat, ketika menunggu giliran untuk memandu, kerap kali saya membaca kalimah hasbiallahu lailahaillahu 'alaihi tawaqqaltu wahuarabbul'arsyil'azim dan surah Al Syarh yang baru saya belek sebelum bertolak dari rumah. Sempat juga berdating dengan buah hati saya yang comel tu. =)
Inilah buah hati saya. Sila rujuk surah al Syarh dalam tafsir Quran anda, ataupun kalau dah hafal makna sekali, rujuk memory card kepala otak sudah memadai. " Bersama kesulitan itu ada kemudahan", kalimah ini yang membuatkan saya memilih surah tersebut dalam menenangkan hati yang gundah dan resah. Siapa setuju, sila angguk kepala anda, (^____^)
Mungkin dengan bacaan-bacaan surah + selawat + doa dari ibu abah dan sahabat, saya 'berjaya' akhirnya. Sebagai penghargaan, saya hanya menghadiahkan Al Fatihah buat pegawai tersebut, semoga hidupnya diberkati dan memperoleh pasangan hidup yang solehah suatu hari nanti. Allahumma amin.
Itulah pengalaman saya hari ini. Bagi sesetengah orang, semua ni hanya perkara biasa, tapi tidak bagi saya. Namun saya dan gemuruh masih belum mampu dipisahkan. Hari ni juga, saya baru tahu cikgu memandu yang saya panggil abang im tu seorang yang peramah rupanya. Ketika dalam perjalanan balik, bergurau dan bergelak sakan dia bersama seorang kakak dan rakan sebaya yang ambil test bersama saya. Pelik juga, selama ni jika saya memandu berdua dengannya, kami hanya diam membisu, hanya kadangkala dia bersuara ketika sedang mengajar. Abang long yang kenalkan kami, kerana mereka berkawan rapat ketika zaman sekolah dulu. Sekarang dua-dua dah berkahwin, beranak pinak, tak la rapat macam dulu. Err, saya anggap dia bukan seorang yang banyak cakap, tapi rupa-rupanya saya yang terlalu pendiam. Hehe, tak kisah la. Apapun, di antara ketiga-tiga kami yang ambil test, hanya saya seorang lulus kedua-dua bahagian. " Ada hikmahnya aku jadi pendiam, ilmu tak keluar ", getus hati. Ngeeeee =D
Segala pujian hanya bagi Allah, lepas dapat lesen ni boleh la bawa ibu jalan-jalan dan hantar ibu ke mana-mana yang ibu nak. Kerana memang itu nawaitu saya ketika mula-mula membuat keputusan untuk ambil lesen. InshaAllah, selagi mana kita sanggup dan sempat untuk berbakti, gunakan peluang itu sebaiknya.
Sampai di sini saja, Assalamualaikum ~
Lukisan Iman
Kembara Cinta Sang Pendamba
Monday, 13 February 2012
Saturday, 11 February 2012
Musafir Cinta
Hati kian dipasung laraSeolah bumi kehabisan udaraTerasa sesak nafas yang dihelaBebanan semakin menyelumuti kolong jiwaBayang-bayang noktah tiada kelihatanBila derita akan berakhirMasih lagi menjadi persoalan
Pada mentari yang garang memancarAku mengharap secebis cahaya suciNamun hanya gelita yang menghantuiPada lembutnya bayu yang menyapaAku meminta sekelumit bahagiaNamun cuma resah yang tibaPada senja yang berlabuhAku memohon duka ku dibawa pergiNamun semakin dalam luka tertoreh lagiHanya air mata menjadi peneman setiaMenghitung detik hari demi hariAgar tegar menghadapi mehnah dan tribulasiYang semakin kejam merobek sanubari insani
AkuMasih lagi teguh dalam rapuhMasih lagi berdiri dalam longlainya kakiMasih lagi bertahan dalam kelelahanMemang sukar bernafas dalam jiwa hambaBiarkan iman yang berbicaraAgar hati tahu dia hanya hambaDalam kesamaran aku mencari arahTerbentang lagikah jalan-jalan cintaMenuju destinasi abadiItulah yang hakiki
- AKU -
Saturday, 28 January 2012
Manusia . . .
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ~
Bagaimana keadaan hati dan iman hari ini? Moga ianya lebih baik daripada semalam.
Allahu Rabbi..seharian memerah keringat, cehh...setitik peluh pun tak sempat memunculkan diri (duduk dalam dewan yang banyak air-cond). Alhamdulillah,hari ini hari kedua saya menyelesaikan tugas untuk membantu orang ramai memperoleh wang bantuan daripada kerajaan sebanyak RM500 yg seantero Malaysia telah digembar-gemburkan tentangnya. Agak letih kerana seawal 7.00 pagi sehingga 6.00 petang setia menanti di kaunter pendaftaran untuk mengeluarkan baucer bagi pemohon-pemohon yang layak menerima. Satu perkara yang paling kelakar, terpaksa memakai baju yang tertera WANITA UMNO berserta lambangnya yang 'sungguh cantik' setiap kali bertugas. Adoi... tak pasal2 kena jadi wanita umno. Apakan daya..niat nak tolong orangkan, buat tak kesah la, padahal hati *%$#*$%* ~ ape pon tak bleh ~
Macam-macam ragam manusia yang hadir saya perhatikan, tambahan pula saya bertugas bersama sahabat baik saya..jadi agak banyak yang kami bualkan.
Bila teringat balik banyak perkara yang berlaku tadi, saya jadi tergelak sendiri. Pertama, tentang IC. Allahu akhbar...sewaktu saya meminta IC daripada seorang pakcik, dengan machonya dia memberi.. baru je saya sentuh, serpihan IC tertanggal di atas meja. Saya cuba la tahan gelak, takut beliau berkecil hati. Dalam hati saya terdetik, susah sangat ke nak minta tukar IC baru. IC beliau sudah di tahap nazak pada pengamatan saya. Sorang pakcik lagi, saya minta IC, lesen kereta yang di bagi. Tahan gelak lagi. Sampai la datang lagi sorang pakcik, beliau menyerahkan IC kepada saya sambil berkata "patah sikit ni" , padahal patah seribu ! koyak rabak IC tu. Dah tak tertahan nak menahan gelak, lepas pakcik tu pergi kami terus gelak sampai sakit perut, still cover2... =D . Bukan sengaja nak gelak, tapi sudah ditahan-tahan sekian lama dan akhirnya terhambur jua ~
Kedua, tentang kesabaran. Sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada Iman. Tanpa sifat sabar, tak sempurnalah Iman kita. Tadi hampir 4000 orang Melayu perlu mendaftarkan diri dalam masa 1 hari. Jadi kerjasama dan kesabaran amat diperlukan. Amat malang apabila orang Melayu yang beragama ISLAM hanya membutakan kan mata dan memekakkan telinga dalam perkara ini. Hampir saja berlaku perbalahan antara pemohon dan para petugas gara-gara kegopohan mereka untuk mendapatkan wang yang tak lari ke mana. Duit tu bukan ada kaki pun. Kalau duit tu lari, kejar la,,,, (=_=)
Ketiga, akhlak menggambarkan peribadi seseorang. Hidup biar beradab, jangan biadap. Terima kasih makcik yang duduk di sebelah saya tadi sebab tolong jawab banyak soalan daripada pemohon-pemohon yang mendaftar di meja saya. Err...saya ni kurang petah dalam berkata-kata. Dan maaf juga kepada pemohon-pemohon lelaki yang turut mendaftar di meja saya kerana hampir semuanya saya gelarkan pakcik walaupun umurnya masih muda. Saya memang suka panggil gelaran pakcik, berbanding abang atau encik.(@____@)
Saya rasa, tak perlu kot nak melenting kalau ada sedikit masalah atau kesulitan dalam procedur untuk mendapatkan duit tu, bukannya tak boleh selesai..sekadar memerlukan sedikit masa. Ini tak, baru ada masalah sikit dah berkerut muka kanan kiri, tak cun la macam tuu (-_-')
Itu lah namanya dugaan, Allah nak tengok kita ni sabar ke tak. Dapat duit bising, tak dapat duit pun bising, tak elok. Petugas-petugas yang buat silap ni pun manusia biasa. Makcik sebelah saya sempat berpesan, layan saja mereka dengan senyuman walaupun terpaksa menerima caci maki sebab bila mereka keluar, pasti kesilapan dan keburukan kami akan dijaja sewenang-wenangnya. itu Wallahu'alam, saya tak mahu bersangka buruk.

[Al-Hujurat,49:12] Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Ngeeee (^____^), sekian saja coretan di malam hari, esok lusa jumpa lagi. InshaAllah ~
Peace with IMAN =))
Saturday, 7 January 2012
Masa yg berlalu....~
Selalukan kita dengar, "masa itu emas"...? itu hanya perumpamaan..dan pada saya, ianya lebih berharga daripada emas. Alhamdulillah, malam ini berkesempatan utk mengupdate blog yg sudah lama terbiar, sebelum ia menjadi sarang tikus lebih baik saya bertindak segera. ;)
3 bulan jangka masa yg agak panjang sementara menunggu keputusan SPM. Masa yg saya ada tidak lah terlalu sia2..(pada saya la). Rutin harian seperti biasa, pagi lepas Subuh terus kemas rumah tatkala abg dan kakak masih terbongkang atas katil..biar la, dah dikejut, ditegur, dibebel, dimarah, di apa lagii..balik2 kerja yg sama saya buat, kemas rumah, basuh baju, buat sarapan, tengah hari cuci toilet, masak untuk makan tengah hari, and bla bla bla ~ ~ ~ kadang-kadang tergelak sendiri bila terfikir, "aku ni takde keje lain ke" :)
but one more thing yg paling best, sy jadi suka memasak pula..order je nak makan apa, asam pedas, tom yam, kari (sume orang tau masak) , pecel, bakso.....bereh belakew, hehe..
Banyak perkara yg saya fikirkan ketika ini, tentang duit, kerja, buku-buku ilmiah yg mahu sangat saya beli (tapi takde duit) juga hasrat untuk ke pondok masih tersemat utuh di hati. Waktunya, masih dalam perancangan. Mungkin akhir bulan febuari.. kita merancang dengan cita, namun Allah merancang dengan cinta..lagipun saya masih dalam proses mengambil lesen. Agak banyak komitmen yg perlu diisi. Alhamdulillah juga, waktu cuti tak la se'boring' yg saya sangka. Anak-anak buah yg selalu datang ke rumah, sudah cukup membuat saya tertawa riang. Saya juga bakal menyambut kehadiran 3 orang lagi anak buah, inshaAllah :). Kadangkala saya ajar mereka mengaji, juga menyemak bacaan mereka, Itu lah yg saya akan buat bila terasa bosan.. mengecat, menukang, semua dah buat.. ke kebun je belum lagi..
Sangat berbeza ketika sebelum saya menghadapi SPM, teringat lagi setiap malam pasti saya akan menangis..seorang diri di dalam bilik, dalam gelap gelita..... menangis lantaran banyak perkara yg menyesakkan dada. Peperiksaan berlalu begitu sahaja, tanpa ada kesungguhan, pengorbanan, tiada apa-apa..benar saya menyesal, InshaAllah saya bakal menebus kesilapan lalu. Waktu itu minda dan hati masih terganggu, Allahu Rabbi..segalanya sudah berlalu, apa yang perlu saya lakukan kini adalah terus menapak dan melangkah dalam impian untuk menggenggam sesuatu yg bernama DUNIA di samping menyemai AKHIRAT di hati. Hidup ini terlalu singkat untuk disesali..~
Bila kakak yg sorang tu ada kat rumah, hmmm...tak kering gusi dibuatnya. Maklum la, antara adik beradik yg lain dia la yg paling saya rapat. Tambahan pula sangat jarang kami dapat berjumpa. Dia suka gelak bila saya gelak, saya bukan lah seorang yg pandai melawak, tapi dengan akak ni ada saja modal saya yg boleh buat dia pecah perut... =D
Apapun, dalam meniti hari demi hari..saya takkan lupa impian yg pernah saya tanam bersama sahabat saya, NUR HABIBAH...tatkala doa bertemu doa, itulah sebenarnya hakikat sebuah ukhuwah..
Masih lagi dalam dilema..bila akan ternoktah, saya sendiri tidak pasti.. saya hanya mampu berdoa, moga Allah memberi segala yang terbaik buat diri ini. Semoga Allah mengembalikan fitrah kehambaan...Allahumma amin . . .
3 bulan jangka masa yg agak panjang sementara menunggu keputusan SPM. Masa yg saya ada tidak lah terlalu sia2..(pada saya la). Rutin harian seperti biasa, pagi lepas Subuh terus kemas rumah tatkala abg dan kakak masih terbongkang atas katil..biar la, dah dikejut, ditegur, dibebel, dimarah, di apa lagii..balik2 kerja yg sama saya buat, kemas rumah, basuh baju, buat sarapan, tengah hari cuci toilet, masak untuk makan tengah hari, and bla bla bla ~ ~ ~ kadang-kadang tergelak sendiri bila terfikir, "aku ni takde keje lain ke" :)
but one more thing yg paling best, sy jadi suka memasak pula..order je nak makan apa, asam pedas, tom yam, kari (sume orang tau masak) , pecel, bakso.....bereh belakew, hehe..
Banyak perkara yg saya fikirkan ketika ini, tentang duit, kerja, buku-buku ilmiah yg mahu sangat saya beli (tapi takde duit) juga hasrat untuk ke pondok masih tersemat utuh di hati. Waktunya, masih dalam perancangan. Mungkin akhir bulan febuari.. kita merancang dengan cita, namun Allah merancang dengan cinta..lagipun saya masih dalam proses mengambil lesen. Agak banyak komitmen yg perlu diisi. Alhamdulillah juga, waktu cuti tak la se'boring' yg saya sangka. Anak-anak buah yg selalu datang ke rumah, sudah cukup membuat saya tertawa riang. Saya juga bakal menyambut kehadiran 3 orang lagi anak buah, inshaAllah :). Kadangkala saya ajar mereka mengaji, juga menyemak bacaan mereka, Itu lah yg saya akan buat bila terasa bosan.. mengecat, menukang, semua dah buat.. ke kebun je belum lagi..
Sangat berbeza ketika sebelum saya menghadapi SPM, teringat lagi setiap malam pasti saya akan menangis..seorang diri di dalam bilik, dalam gelap gelita..... menangis lantaran banyak perkara yg menyesakkan dada. Peperiksaan berlalu begitu sahaja, tanpa ada kesungguhan, pengorbanan, tiada apa-apa..benar saya menyesal, InshaAllah saya bakal menebus kesilapan lalu. Waktu itu minda dan hati masih terganggu, Allahu Rabbi..segalanya sudah berlalu, apa yang perlu saya lakukan kini adalah terus menapak dan melangkah dalam impian untuk menggenggam sesuatu yg bernama DUNIA di samping menyemai AKHIRAT di hati. Hidup ini terlalu singkat untuk disesali..~
" dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir "
( Yusof:87 )
Gambar yg saya snap ketika beriadah di sebuah taman di KL. Sebaik saja tamat SPM, saya terus musafir ke KL selama seminggu di samping menanti kakak yg study kat NZ tu balik... (^______^)
Bila kakak yg sorang tu ada kat rumah, hmmm...tak kering gusi dibuatnya. Maklum la, antara adik beradik yg lain dia la yg paling saya rapat. Tambahan pula sangat jarang kami dapat berjumpa. Dia suka gelak bila saya gelak, saya bukan lah seorang yg pandai melawak, tapi dengan akak ni ada saja modal saya yg boleh buat dia pecah perut... =D
Apapun, dalam meniti hari demi hari..saya takkan lupa impian yg pernah saya tanam bersama sahabat saya, NUR HABIBAH...tatkala doa bertemu doa, itulah sebenarnya hakikat sebuah ukhuwah..
" berlumba-lumbalah kamu (dengan mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu serta mendapat syurga seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.itulah anugerah Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan sesungguhnya Allah mempunyai limpah kurniaan yang besar."
(Surah al-hadid 57:21)
Friday, 30 September 2011
Bukti Cinta....
Assalamualaikum warahmatullah...
Alhamdulillah, setelah beruzlah beberapa ketika, hati ini tenang kembali. Di sepanjang proses memuhasabah diri sendiri, banyak perkara yang bermain di benak fikiran, benar...sangat sukar merawat dan menyoal siasat hati sendiri. Dan akhirnya...ini yang saya temui....sebuah ilham yang Allah kurniakan, untuk saya mendalami dan meneroka makna tersirat disebaliknya...kini, saya kongsikan demi manfaat bersama.
Seringkali kita mengucapkan kata-kata cinta kepadaNYA. Tapi...saat Allah ingin menagih bukti di atas segala ayat-ayat cinta yang kita tutur dan alunkan itu, acap kali kita gagal membuktikannya. Kerana apa, kerana cinta itu bukan yang sebenar-benar cinta, atau jika diaplikasikan dalam prinsip fizik boleh kita takrifkan sebagai momentum cinta yang belum mencapai tahap maksima. Atau di dalam prinsip biologinya, molekul-molekul cinta yang bilangannya tidak sebanyak eritrosit (sel darah merah ) yang sentiasa mengalir di dalam tubuh seorang manusia. Allah itu Maha Sempurna, jadi tidak salah kita untuk cuba menjadi yang paling sempurna walaupun kita takkan pernah tahu apa sebenarnya "SEMPURNA" di pandangan Allah. Dan..sememangnya insan itu tidak sempurna, bahkan terlalu banyak kekurangan. Maka berusahalah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan itu dengan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada setiap insan sejak azali. Percayalah bahawa seorang insan, pasti punya kelebihan dan kekurangan masing-masing kerana, Allah itu Maha Adil.
Jika selalu memandang yang di atas, kita akan selalu lupa untuk memandang yang di bawah. Perumpamaannya, kalau kita pakai kereta kancil, jangan memandang pada orang yang memakai kereta Ferrari...pasti kita akan cemburu dan sakit hati, lalu mempersoalkan mengapa aku ini hanya begitu dan begini. Tapi...lihatlah mereka yang hanya menaiki motor, berhujan berpanas tanpa lindungan. Dari situlah akan timbul rasa syukur..lihat pula yang hanya menggunakan kaki sebagai kenderaan, kemudian pandang pada mereka yg terbaring kaku tidak mampu berjalan, tidakkah semua itu sudah cukup untuk kita berfikir dan mensyukuri nikmat Tuhan..? Begitu juga kehidupan...jika hidup kita waktu ini hanya dihiasi kesakitan, penderitaan...itu semua ujian cinta dariNYA, jangan hanya memandang pada orang yang berjaya, yang hidup mereka itu bahagia....tapi, lihat lah saudara-saudara kita yang terseksa, dihina dicerca, dibedil bom tanpa mengira masa, bukankah itu lebih memilukan...? Ketahuilah, tidak beriman seseorang manusia itu selagi dia tidak diuji.
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].
Allah berfirman lagi,
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk."- [Surah al-Baqarah:45] -
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah:153]
Nikmat Allah terlalu banyak dan luas, belum sempat kita menikmati sesuatu nikmat daripada Allah, berbondong-bondong lagi nikmat yang lain datang. Subhanallah....hebatnya DIA.. " Adakah sama dengan orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui..? " (Az-Zumar: 9). Sifat sabar itu wajib bagi seorang da'ei..(pesan ustaz saya).
Saya hanya berkongsi nasihat dan peringatan, kerana saya sendiri pernah terlalai dalam perjalanan menuju mardhatillah. Andai nanti saya terjatuh lagi, moga masih ada lagi insan yang sudi menggapai tangan ini untuk bangkit dan terus hebat mengorak langkah. Saya jadi teringat akan kata-kata ini,
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Seandainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"
- Imam Hassan Al-Basri -
Wallahu'alam..barakallahufikum.
Saturday, 24 September 2011
Memang Aku Yang Salah..
Assalamualaikum buat adik-adik seperjuangan BADAR. Moga kalian berada di bawah lembayung rahmat dan kasih-Nya. Saat ini, diriku diuji dengan kesakitan, mungkin itu kafarah dosa atas khilaf yang pernah diri ini lakukan. Di sini, hari ini, dan ketika ini, saya ingin memohon maaf....Sungguh, saya bukan yang selayaknya untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin dalam pertubuhan BADAR. Kadangkala, saya sendiri menyesali perlantikan diri saya sebagai naqibah...namun seupaya mungkin saya tepis jauh-jauh perasaan itu. Ahh...air mata ini tumpah lagi buat sekian kali.
Saya tahu, ramai yang kurang bersetuju dengan perlantikan secara tiba-tiba ini, bukan hanya kamu, saya juga awalnya menentang habis-habisan. Perlantikan ini bukan melalui syura', saya juga tahu di mana tahap saya berada. Untuk menjadi seorang pemimpin, jauh sekali. Namun, atas desakan saudari naqibah yang pertama, saya terpaksa akur demi menjaga hati dan niat suci seorang yang bergelar sahabiah. Beliau mengadu mempunyai banyak komitmen yang perlu dipenuhi kerana beliau seorang Ketua Pengawas dan hanya saya seorang yang mampu diharapkan ketika itu. Untuk pengetahuan kalian, beberapa kali saya menolak, kerana apa? Kerana saya tidak layak. Itu sahaja jawapan yang mampu saya berikan. Saya seorang pelajar biasa, yang hidup seperti orang lain dan saya juga kurang pasti mengapa saya yang diberi kepercayaan sebesar itu. Saya pernah menghadiri usrah BADAR hanya sekali ketika di form 4, dan bila di form 5 saya diberi amanah menggalas jawatan naqibah, tidak masuk akal bukan..? Bagaimana dengan ahli-ahli BADAR yang sudah setia menadah ilmu setiap kali usrah dijalankan.., bukankah mereka lebih afdal dan layak? Terasa segunung bebanan menghempap kepala ketika itu. Mujurlah, ada insan yang sudi mengalirkan sedikit semangat dan menutur kata-kata nasihat. Jawatan itu anugerah Allah. Saya mula terfikir, mungkin di sini saya bakal menghayun langkah sebagai seorang da'ei. Positifkan keadaan. Saya jadi teringat dengan kalimah " Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukanmu di muka bumi ". ( Surah Muhammad: 7 ). Jangan sampai Allah pilih orang lain untuk memasuki Syurga-Nya, kata-kata itu masih berlegar-legar di benak fikiran. Tapi, saya tetap cuba positifkan keadaan, awalnya saya merasa sebuah keterpaksaan dalam menerima amanah itu, namun saya akhirnya mula menerima huluran amanah dari sahabiah yang sangat saya hormati, pertama kerana saya mahu menabur jasa membantu agama Allah, kedua kerana saya mahu menjaga hati sahabiah yang saya sayangi atas nama ukhuwah fillah, ketiga kerana saya mahu mendidik dan mentarbiyah diri saya sendiri untuk menjadi muslimah yang berguna buat agama. Namun, apa yang saya rancangkan, tidak menjadi. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang, mungkin DIA mahukan yang terbaik. Saya sangat memerlukan bimbingan memandangkan saya tak pernah didedahkan langsung dengan tugas sebagai naqibah, waima tugas ahli BADAR sekalipun saya kurang arif tentangnya. Saya mula terasa lemah, seakan usaha yang saya taruhkan segalanya sia-sia, namun saya ingin terus bersangka baik pada Allah, kerana saya yakin segalanya pasti ada hikmah. Allah tidak akan meninggalkan hamba-hamba-Nya sendirian, itu yang saya pahatkan sekian lama di lubuk hati ini. Saya bukan seorang yang petah dalam berbicara, dan apabila tugas seorang naqibah memerlukan saya menyampaikan tazkirah setiap kali usrah diadakan, saya jadi tidak mampu melaksanakannya. Saya seorang yang penakut, tiada keyakinan, cetek ilmu, saya sangat-sangat rasa tidak mampu. Disebabkan organisasi BADAR dilakukan agak lewat, saya agak kelam kabut dalam mengagihkan masa untuk usrah dan pembelajaran di sekolah. Saya mengatur beberapa mesyuarat dalam kalangan AJK tertinggi, tapi..usaha itu tidak membuahkan hasil. Bila usrah mahu dijalankan, pasti ada saja masalah yang timbul. AJK tertinggi kebanyakannya terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3, itu semua semakin merumitkan keadaan. Saya juga sibuk dengan kelas tambahan dan komitmen lain juga perlu saya penuhi.
Sejujurnya, saya perlukan sokongan dan semangat daripada adik-adik semua, namun hampa. Saya tahu, ramai di kalangan adik-adik sudah meluat melihat sikap saya yang mungkin kalian anggap hanya suka 'lepas tangan'. Sungguh, tidak sama sekali.. Walau adik-adik tidak menzahirkannya di bibir, namun hakikatnya di hati kamu...?Ya..Allah saja yang tahu. Saya tetap bersangka baik walaupun hati ini seakan disiat-siat melihat pandangan mata kalian. Benar, saya terkilan. Saya tahu, saya bukan sesiapa untuk dihormati, dan saya tak pernah mahu menagih penghormatan daripada kalian. Adik-adik yang di kasihi...saya faham, kamu semua pelajar-pelajar harapan yang berwibawa, sering menyertai pertandingan berbentuk islami, pandai berhujah, tinggi ilmu agama, fasih dalam bahasa syurga, kalian juga punya jawatan yang tinggi. Saya...tiada apa-apa yang mampu dibanggakan. Saya juga ada terdengar cakap-cakap belakang mengenai saya. Tidak mengapalah...Allah Maha Mengetahui apa yang terzahir dan yang tersembunyi. Adik-adik yang disayangi,...saya mohon setinggi-tinggi kemaafan di atas kegagalan saya dalam meneruskan legasi dakwah yang pernah diperjuangkan oleh sahabat dan sahabiah terdahulu. Memang saya yang salah, segalanya berpunca daripada diri yang hina dan penuh kekurangan ini. Saya gagal dalam menyinari bumi SMKSG dengan sinar dakwah dan tarbiyah, segalaNYA aturan Allah.
Adik-adik yang dikasihi...bila tiba giliran kamu untuk menggalas tanggungjawab ini, lakukan lah dengan bersungguh-demi demi ummah dan Ad-dien. Redhakan hati kalian untuk berjuang kerana Allah. Dengan keyakinan yang utuh dan hati yang ikhlas, pasti pahitnya perjuangan itu terasa nikmat. Walaupun saya tidak bergiat aktif dalam pertubuhan ini, namun saya masih meneruskan usaha dakwah ini. Usaha yang saya lakukan sangat kecil, namun saya mengharapkan usaha yang sekecil itu, Allah tetap sudi menerimanya sebagai ibadah. Buat adik-adik yang masih menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada diri ini, terima kasih..maafkan saya kerana telah meruntuhkan segunung kepercayaan yang kalian hamparkan. Buat adik-adik yang sudah muak dan bosan melihat wajah mahupun kelibat bayangan diri ini, hanya ungkapan maaf yang mampu saya tuturkan. Kelak, kamu bakal merasai apa yang pernah saya rasai dan lalui. Moga Allah merahmati setiap nafas yang kalian hembuskan dalam menegakkan syiar agama-NYA. Barakallahufikum.
Luahan hati naqibah yang hina..
Friday, 16 September 2011
So what....??
Assalamualaikum...ketika ini, berjaga keseorangan di malam hari..teringat pula memori pagi tadi, kenangan yang sangat membuatkan saya rasa menyampah. Rasa nak buang kat tong sampah je kenangan tu kalau boleh, tapi..mana boleh kan, mengarut ~
Tadi...sempat meluangkan masa bersama rakan-rakan untuk beraya di rumah cikgu...dalam gembira ada duka, dalam duka ada sengsara...fitrah alam. Mungkin itu yang terbaik...
Post ini ditujukan khas buat SESEORANG -------------->
So what..?
Kalau orang lain datang dengan baju bermanik, labuci liplap2 segala bagai tapi saya pakai baju kurung buruk yang bunga besar2..
So what..?
Kalau orang lain pakai shawl merah putih biru kuning berbunga-bunga tapi saya terhegeh-hegeh pakai tudung besar macam kain langsir..
So what..?
Kalau orang lain sibuk berborak sakan tapi saya duduk je diam-diam..
So what..?
Kalau orang lain tayang gelang tangan gelang kaki tapi saya sibuk pakai stokin tangan stokin kaki..
So what..?
Kalau orang lain tayang brooch mahal-mahal tapi saya sorok-sorok je..
So what..?
Kalau orang lain datang bawa camera nikon handphone canggih tapi saya cuma bawa diri je..
So what..?
Kalau orang lain sibuk bergurau senda sesama lain jantina tapi saya hanya diam membisu..
So what..?
Kalau orang lain asyik tangkap gambar tapi saya segan nak tayang muka..
So what..?
Kalau orang lain berdekah-dekah ketawa tapi saya cuma senyum tanpa bicara..
And so what....??
Kalau orang lain up to date tapi saya 'too late'...
Ye...memang saya KOLOT, and so what...? saya bukan hidup untuk menjadi perhatian manusia..sungguh, saya rasa nak lempang je muka awak yang annoying sangat-sangat tu tadi..tapi saya sabar, nak tahu sebab apa...?sebab...saya nak jadi orang beriman, bukankah sabar itu sebahagian daripada iman...?saya nak jadi orang baik, sahabat yang baik, anak yang baik, dan hamba yang baik hanya kerana Tuhan kita...Allah. Just..saya nak bagi tau je, jangan pandang rendah pada orang lain...mungkin saya akan jadi lebih baik daripada awak satu hari nanti dengan izin ALLAH. Jangan pandang orang macam takde mata.....alhamdulillah, saya tak sakit hati lagi dah. Saya minta maaf ye......~ (^______________^) ~
Aku.....hanya hamba yang menagih perhatian dariNYA......itulah sebesar-besar nikmat bagi ku..~
Subscribe to:
Posts (Atom)